IBU BAPA BERPERANAN MEMUPUK MINAT BERSUKAN DALAM DIRI ANAK-ANAK

 




 Usaha pertama yang perlu dilakukan oleh setiap ibu bapa bagi memupuk minat bersukan dalam diri anak-anak ialah menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah menunjukkan semangat kesukanan agar anak-anak juga memiliki semangat yang sama dalam diri mereka. Untuk memupuk semangat bersukan, ibu bapa boleh bermula dengan melakukan senaman atau riadah bersama anak-anak. Ibu bapa boleh berjoging, bermain badminton dan melakukan aktiviti kecergasan di padang terutama pada waktu hujung minggu.  Secara tidak langsung, minat anak-anak terhadap sukan akan bercambah





   langkah lain yang boleh dilakukan oleh  ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak bersukan ialah ibu bapa perlu menyediakan peralatan sukan yang lengkap kepada anak-anak yang boleh mendorong minat anak-anak untuk bersukan. Peralatan-peralatan sukan yang mudah didapati haruslah disediakan seperti raket badminton, bola sepak, kasut bola dan alat-alat keselamatan untuk bersukan.



 Akhir sekali, langkah untuk memupuk semangat bersukan dalam diri anak-anak, ibu bapa boleh  membawa anak-anak ke stadium dan tempat-tempat pertandingan yang menganjurkan pelbagai jenis kejohanan sukan sama ada peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.




  konklusinya,ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat bersukan dalam diri anak-anak.Hal ini demikian dapat mengembangkan lagi minat terhadap sukan. Asas pendidikan bermula dari rumah, sudah pasti ibu bapa memainkan peranan penting kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Profesor Diraja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti bersukan,mereka pastinya tidak akan berasa bosan atau lelah bak kata peribahasa alah bisa tegal biasa.



sumber:https://sharedle.blogspot.com/2018/11/peranan-ibu-bapa-dalam-memupuk-minat.html

#BAIYAH(1042)




Comments

Popular posts from this blog

CABARAN DALAM BIDANG SUKAN DI MALAYSIA

OBJEKTIF SUKAN DAN PERPADUAN