PERARAKAN KONTINJEN NEGERI SEMASA MAJLIS PEMBUKAAN SUKMA XV PAHANG PADA 7/7/2012
RIO OLYMPIC OPENING CEREMONY 2016
AKSI PERLAWANAN BADMINTON BEREGU LELAKI ANTARA PAHLAWAN MALAYSIA DENGAN AHLI KOTINJEN DARI CHINA PADA SUKAN OLIMPIK RIO 2016. BERKAT KERJASAMA PASUKAN BEREGU NEGARA IAITU GOH V SHEM DAN TAN WEE KIONG MALAYSIA TELAH DIHADIAHKAN SEBUAH PINGAT EMAS BERIKUTAN KEMENGAN MEREKA MENJATUHKAN PIHAK LAWAN DARI CHINA..
Cabaran Sukan Infrastruktur dan Fasiliti "World Class Player" Pembangunan Atlet Pusat Kecemerlangan Atlet Cabaran-cabaran lain Infrastruktur dan Fasiliti - Negara kita kekurangan: a. Gimnasium b. Kompleks sukan bertaraf dunia c. Gelanggang - Peralatan latihan usang - Aspek penyelenggaraan agak lemah - Kekurangan infrastruktur boleh mengakibatkan kepadatan jadual kuliah pelajar yang mungkin boleh mendatangkan kesan terhadap keselesaan belajar di kalangan pelajar. Pelajar hanya memiliki masa yang terhad untuk mengulangkaji pelajaran dan bergiat aktif dalam bidang sukan. "World Class Player" Kekurangan: > Jurulatih berpengalaman - Jurulatih diimport dari luar negara. >Kemudahan - Menyebabkan atlet dihantar menjalani latihan di luar negara. > Pakar pemakanan (diet), ahli fisiterapi dan pakar psikologi - Untuk meningkatkan prestasi atlet. Pembangunan Atlet ~Kemelesetan ekonomi menjejaskan program pembangunan a...
Usaha pertama yang perlu dilakukan oleh setiap ibu bapa bagi memupuk minat bersukan dalam diri anak-anak ialah menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah menunjukkan semangat kesukanan agar anak-anak juga memiliki semangat yang sama dalam diri mereka. Untuk memupuk semangat bersukan, ibu bapa boleh bermula dengan melakukan senaman atau riadah bersama anak-anak. Ibu bapa boleh berjoging, bermain badminton dan melakukan aktiviti kecergasan di padang terutama pada waktu hujung minggu. Secara tidak langsung, minat anak-anak terhadap sukan akan bercambah langkah lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak bersukan ialah ibu bapa perlu menyediakan peralatan sukan yang lengkap kepada anak-anak yang boleh mendorong minat anak-anak untuk bersukan. Peralatan-peralatan sukan yang mudah didapati haruslah disediakan seperti raket badminton, bola sepak, kasut bola dan alat-alat keselamatan untuk bersukan. ...
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membangunkan bidang sukan negara. Antara usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk membangunkan bidang sukan negara ialah memberi pengiktirafan insentif kepada para atlet yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Misalnya, pemberian pangkat, wang tunai, harta yang boleh berupa emas dan berlian serta tanah. Pemberian pengiktirafan insentif ini mampu menaikkan semangat para atlet untuk terus bersaing secara sihat bagi merebut gelaran pemenang dalam apa jua acara yang dipertandingkan. Senario ini dapat dilihat melalui pencapaian pemain badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei yang mendapat gelaran 'Datuk' di atas pencapaiannya yang cemerlang. Selain itu, menyediakan infrastruktur sukan yang moden dan berkualiti . Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli infrastruktur sukan yang moden dan berkualiti serta meng...
Comments
Post a Comment