MASALAH YANG SERING MENJEJASKAN PENCAPAIAN ATLET

Antara masalah yang sering menjejaskan pencapaian atlet ialah pengambilan dadah semasa pertandingan atau perlawanan yang bertujuan untuk  menghilangkan rasa gemuruh para atlet dan membekalkan stamina yang maksimum. Atlet yang terlibat dalam pengambilan dadah akan dihadapkan dengan tindakan undang-undang seperti digantung perlawanan dan dikenakan tindakan tata tertib. Hal ini demikian kerana, pengambilan dadah dalam sukan adalah amat merbahaya dan mampu memudaratkan kesihatan atlet itu sendiri.


     Di samping itu, isu rasuah juga menjadi satu daripada masalah yang menjejaskan pencapaian atlet. Sebilangan atlet Malaysia sanggup 'menjual' perlawanan mereka semata-mata ingin mengambil wang suapan daripada pihak lawan. Atlet yang terlibat dengan rasuah ini akan mengatur corak perlawanan mereka sebelum bertanding bagi memberi kemenangan kepada pihak lawan. Tentu sekali wang suapan yang dijanjikan adalah lebih besar dan menguntungkan sehingga para atlet ini rela 'menjual' maruah mereka sendiri. Sikap tamakkan harta yang wujud dalam diri atlet menyebabkan mereka bersikap tidak jujur semasa bertanding.

     Seterusnya, masalah kekurangan pelapis baru atau muda dalam sukan tertentu akan mempengaruhi jumlah atlet yang berpelangaman. Misalnya, kita mempunyai pemain badminton dan skuasy dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David, namun sehingga kini kita masih belum menemui pelapis baru yang mampu mempertahankan martabat badminton dan skuasy di negara ini. Menyedari hal ini, maka program-program latihan sukan perlu digiatkan dan disemarakkan agar lebih ramai rakyat Malaysia menceburi bidang sukan.

     Kesimpulannya, usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara harus lebih bersifat progresif dan menyeluruh. Atlet sukan juga perlu bersikap jujur dalam perlawanan dan mempunyai cita-cita serta usaha untuk mengharumkan nama negara di peringkat dunia menerusi bidang sukan. 

                 #Irma(1110)
Sumber:
https://ezharif.blogspot.com/2019/08/bidang-sukan-negara-usaha-membangunkan_14.html?m=1


Comments

Popular posts from this blog

CABARAN DALAM BIDANG SUKAN DI MALAYSIA

OBJEKTIF SUKAN DAN PERPADUAN

IBU BAPA BERPERANAN MEMUPUK MINAT BERSUKAN DALAM DIRI ANAK-ANAK