PENGENALAN SUKAN DAN PERPADUAN🥇🏳‍🌈

 Seringkali ketika berlangsungnya temasya sukan yang besar, masing-masing sanggup bersengkang mata untuk menonton dan memberikan sokongan walaupun di depan televisyen ataupun dipelbagai lokasi strategik seperti kedai makan.


Baik sukan bola sepak piala dunia ataupun bola sepak liga Inggeris, Sepanyol dan Itali; Lumba kereta F1 dan badminton. Penyokongnya bukan sekadar di sadium atau litar perlumbaan, tetapi juga ditonton merata dunia. Ini menunjukkan setiap sukan ada penyokong dan peminatnya.

Sukan Olimpik juga tidak terkecuali lebih-lebih lagi apabila jaguh sukan Negara turut bertanding. Sorakan demi sorakan diberikan atas nama wakil Negara tercinta, Malaysia. Bergegarnya ruang diluar kadang-kadang lebih meriah dari dalam stadium apatah lagi ia diadakan di London sudah pasti turut menjadi keterbatasan sokongan yang mahu diberikan.

Sekiranya ia diadakan di Malaysia, kita percaya stadium akan dipenuhi untuk memberikan sokongan kepada Datuk Lee Chong Wei ataupun khairul Anuar mahupun Mohd Azizulhasni Awang serta Pandelela Rinong, Noraseela Mohd Khalid, Nur Suryani Mohd Taibi dan Peng Kean Yu. Malaysia diwakili oleh 30 atlet dalam Sembilan acara sukan di London 2012.

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa.

Zaman bola sepak Negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali.

Ketika perang dunia kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan Negara bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.

Sukan diakui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ia merupakan medium perpaduan Negara dan ia dekat dengan diri beliau yang gemar sukan bola sepak. Najib pernah menjadi Menteri Belia Dan Sukan pada tahun 1986 sehingga tahun 1990 yang juga melihat perkembangan pesat dalam proses membangun dan meningkatkan tahap aktiviti dan penyertaan sukan dalam kalangan masyarakat.

Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Ideologi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Oleh itu, sikap tolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan sikap yang positif dan ingin Berjaya serta perjuangan yang kuat. Selain itu, kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah laku displin dalam kalangan anggota seseorang individu. Ini adalah kerana setiap permainan mempunyai peraturan tersendiri yang harus dipatuhi oleh setiap peserta yang terlibat.

Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. selain itu, kegiatan sukan juga beleh menyumbang kearah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan Negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah Negara dengan Negara yang lain. Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap Negara menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.  

  
Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarbangsa. Malaysia terdiri daripada berbagaikaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluanuntuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satusama lain.

 Selain itu, kegiatan sukan juga boleh menyumbang kearah perpaduan serta dapatmengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan Negara seperti,diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. 

Pada peringkat antarabangsa pula, pelancaranaktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuahnegara dengan negara yang lain. Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap Negaramenitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.


 SUMBER :https://www.coursehero.com/file/11854677/BAB-1-PENGENALAN/

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN DALAM BIDANG SUKAN DI MALAYSIA

OBJEKTIF SUKAN DAN PERPADUAN

IBU BAPA BERPERANAN MEMUPUK MINAT BERSUKAN DALAM DIRI ANAK-ANAK