USAHA MEMBANGUNKAN BIDANG SUKAN NEGARA

 Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membangunkan bidang sukan negara. 


     Antara usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk membangunkan bidang sukan negara ialah memberi pengiktirafan insentif kepada para atlet yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Misalnya, pemberian pangkat, wang tunai, harta yang boleh berupa emas dan berlian serta tanah. Pemberian pengiktirafan insentif ini mampu menaikkan semangat para atlet untuk terus bersaing secara sihat bagi merebut gelaran pemenang dalam apa jua acara yang dipertandingkan. Senario ini dapat dilihat melalui pencapaian pemain badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei yang mendapat gelaran 'Datuk' di atas pencapaiannya yang cemerlang.


     Selain itu, menyediakan infrastruktur sukan yang moden dan berkualiti. Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli infrastruktur sukan yang moden dan berkualiti serta mengikut piawaian antarabangsa. Perkara ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai atlet negara yang mampu bersaing di mata dunia. Kerajaan juga telah memperuntukkan pembiayaan bagi membaiki dan menaiktaraf infrastruktur sedia ada di seluruh Malaysia. Infrastruktur sukan yang baik akan memudahkan para atlet untuk berlatih dan bersedia menghadapi sukan bertaraf dunia.



     #Irma(1110)
                          

 Sumber:https://ezharif.blogspot.com/2019/08/bidang-sukan-negara-usaha-membangunkan_14.html?m=1

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN DALAM BIDANG SUKAN DI MALAYSIA

OBJEKTIF SUKAN DAN PERPADUAN

IBU BAPA BERPERANAN MEMUPUK MINAT BERSUKAN DALAM DIRI ANAK-ANAK