SUKAN MAMPU TINGKATKAN PERPADUAN KAUM
Tegasnya, menerusi aktiviti seumpama itu, rakyat pelbagai kaum dapat berinteraksi sekali gus mengikis perasaan prejudis sesama sendiri
Sukan jelasnya, terbukti mampu memupuk semangat perpaduan dan cintakan tanah air kerana aktiviti itu sering dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum.
“Semangat perpaduan penting kerana ia menjadi kekuatan kepada negara seperti kata pepatah ‘Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh lebih-lebih lagi dalam bulan kemerdekaan ini.
“Sempena sambutan kemerdekaan negara, marilah kita bersama menjaga negara dan negeri ini daripada tangan-tangan yang cuba menghancur dan memecahbelahkan kita,” tegasnya.
Adly berkata demikian semasa berucap melancarkan Program Joging Merdeka Sihat 2019 di dataran Sungai Melaka di sini, baru-baru ini.
Teks ucapan dibacakan Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin dan Pengerusi Persatuan Joging Negeri Melaka (PJNM), Datuk Nazari Adzim.
Program anjuran PJNM bersama PPSPM yang disertai lebih 500 peserta itu diadakan bersempena bulan kemerdekaan negara 2019.
Mengulas aktiviti sukan itu, Adly mengajak rakyat aktif dalam aktiviti sukan termasuk joging bagi memastikan kesihatan sentiasa pada tahap terbaik sekali gus mampu meningkatkan produktiviti.
Kata beliau, seseorang hanya memerlukan masa selama 30 minit untuk berjoging yang dilihat mampu mampu meningkatkan tahap kesihatan.
TERBAIK MUAH CIKED
ReplyDeleteGreat information. Thank you for information provided 💕
ReplyDeletemantaplahhhh
ReplyDeletemantap ganuuu
ReplyDelete