Posts

SUKAN MAMPU TINGKATKAN PERPADUAN KAUM

Image
  BANDA HILIR 22 Ogos – Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mengajak lebih ramai rakyat negeri ini melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang mampu memupuk perpaduan antara kaum. Tegasnya, menerusi aktiviti seumpama itu, rakyat pelbagai kaum dapat berinteraksi sekali gus mengikis perasaan prejudis sesama sendiri Sukan jelasnya, terbukti mampu memupuk semangat perpaduan dan cintakan tanah air kerana aktiviti itu sering dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum. “Semangat perpaduan penting kerana ia menjadi kekuatan kepada negara seperti kata pepatah ‘Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh lebih-lebih lagi dalam bulan kemerdekaan ini. “Sempena sambutan kemerdekaan negara, marilah kita bersama menjaga negara dan negeri ini daripada tangan-tangan yang cuba menghancur dan memecahbelahkan kita,” tegasnya. Adly berkata demikian semasa berucap melancarkan Program Joging Merdeka Sihat 2019 di dataran Sungai Melaka di sini, baru-baru ini. Teks ucapan dibacakan Exco Kesihatan da...

CONTOH SUKAN TERAS PERPADUAN

Image
  Sukan Teras Perpaduan. Hakikatnya, sukan menjadi salah satu elemen dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan mendidik agar menjadi warga yang cintakan riadah. Oleh itu, saya merasakan peruntukan yang ada wajar disalurkan kepada golongan belia. Banyak pasukan bola sepak menerima sumbangan jersi pasukan dan bola sepak sebagai satu suntikan agar anak-anak muda beriadah dan bersemangat untuk bersukan. Selain itu, peralatan sukan lain turut diberikan seperti bola sepak takraw, badminton, muay thai dan lain- lain. Saya cukup gembira apabila pihak saya menganjurkan pelbagai aktiviti sukan sebagai salah satu medium menyatupadukan rakyat. PKWR menganjurkan kejohanan bola sepak, pertandingan wau, pertandingan sepak raga tuju, Mini Motor Cross Belia Sejahtera dan pelbagai lagi kejohanan sukan. Harapan semoga dengan penganjuran kejohanan dan pemberian peralatan ini mampu mencungkil bakat-bakat muda ke arah mencipta kegemilangan.  #SYIQIN 1074 Sumber: http://drhamdanharm...

IBU BAPA BERPERANAN MEMUPUK MINAT BERSUKAN DALAM DIRI ANAK-ANAK

Image
   Usaha pertama yang perlu dilakukan oleh setiap ibu bapa bagi memupuk minat bersukan dalam diri anak-anak ialah menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah menunjukkan semangat kesukanan agar anak-anak juga memiliki semangat yang sama dalam diri mereka. Untuk memupuk semangat bersukan, ibu bapa boleh bermula dengan melakukan senaman atau riadah bersama anak-anak. Ibu bapa boleh berjoging, bermain badminton dan melakukan aktiviti kecergasan di padang terutama pada waktu hujung minggu.  Secara tidak langsung, minat anak-anak terhadap sukan akan bercambah    langkah lain yang boleh dilakukan oleh  ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak bersukan ialah ibu bapa perlu menyediakan peralatan sukan yang lengkap kepada anak-anak yang boleh mendorong minat anak-anak untuk bersukan. Peralatan-peralatan sukan yang mudah didapati haruslah disediakan seperti raket badminton, bola sepak, kasut bola dan alat-alat keselamatan untuk bersukan.  ...

DUA SUKAN JAGUH NEGARA 'PENCEN'

Image
Jaguh sukan negara 'pencen'. Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, dua nama yang telah lama berada di persada teratas dunia telah mengumumkan persaraan masing-masing secara rasmi dan ini sedikit sebanyak menambah kesuraman arena sukan Malaysia. Tanggal 13 Jun 2019, jaguh perseorangan badminton negara itu mengumumkan untuk menggantung raket selepas 19 tahun mewarnai sukan badminton negara selepas mendapat nasihat daripada doktor akibat masalah kanser hidung yang dihidapinya. Antara pencapaian besar Chong Wei yang terus diingati adalah pingat perak temasya Olimpik bermula di Beijing 2008, diikuti London 2012 dan Rio de Janeiro 2016. Setelah Chong Wei bersara, dunia badminton tanah air mula tercari-cari bakal pengganti pemain kelahiran Pulau Mutiara itu kerana barisan pelapis ataupun penggantinya seperti Lee Jii Zia masih belum menampakkan prestasi mengagumkan. Chong Wei mengumumkan persaraan 13 Jun lalu. Begitu juga dengan Nicol yang akhirnya memutuskan untuk meninggalkan pe...