DUA SUKAN JAGUH NEGARA 'PENCEN'

Jaguh sukan negara 'pencen'.

Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, dua nama yang telah lama berada di persada teratas dunia telah mengumumkan persaraan masing-masing secara rasmi dan ini sedikit sebanyak menambah kesuraman arena sukan Malaysia.

Tanggal 13 Jun 2019, jaguh perseorangan badminton negara itu mengumumkan untuk menggantung raket selepas 19 tahun mewarnai sukan badminton negara selepas mendapat nasihat daripada doktor akibat masalah kanser hidung yang dihidapinya.

Antara pencapaian besar Chong Wei yang terus diingati adalah pingat perak temasya Olimpik bermula di Beijing 2008, diikuti London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.

Setelah Chong Wei bersara, dunia badminton tanah air mula tercari-cari bakal pengganti pemain kelahiran Pulau Mutiara itu kerana barisan pelapis ataupun penggantinya seperti Lee Jii Zia masih belum menampakkan prestasi mengagumkan.

Chong Wei mengumumkan persaraan 13 Jun lalu.

Begitu juga dengan Nicol yang akhirnya memutuskan untuk meninggalkan pentas skuasy selepas 27 tahun bagi memberi ruang kepada barisan pemain muda membina nama di pentas antarabangsa.

Pemain berusia 36 tahun itu mula berkecimpung dalam sukan skuasy seawal lima tahun dan memulakan karier sebagai pemain pada 1992 apabila merangkul pingat perak pada Kejohanan Remaja Pulau Pinang, sehingga membolehkan beliau merangkul gelaran dunia pertama tujuh tahun kemudian pada Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 1999 di Antwerp, Belgium ketika berusia 15 tahun.

Kejayaannya itu meletakkan dirinya sebagai juara remaja dunia wanita termuda dalam sejarah dan kemudian menjulang gelaran dunia pada 2005 sekali gus meletakkannya di ranking pertama dunia buat kali pertama pada Januari 2006 ketika berusia 23 tahun.

Nicol merupakan rakyat Malaysia dan Asia pertama berada di kedudukan nombor satu dunia.

Selama 112 bulan berada di kedudukan pertama dunia, Nicol yang dikenali dengan panggilan Duracell Bunny disebabkan kelincahan pemain berfizikal kecil itu bagaimanapun menghadapi kesukaran apabila terkeluar daripada kelompok 10 terbaik dunia buat kali pertama tahun lepas apabila berdepan saingan daripada pemain lebih muda.


#IRMA(1110)

SUMBER:https://www.mstar.com.my/sukan/2020/01/01/suka-duka-atlet-2019

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN DALAM BIDANG SUKAN DI MALAYSIA

IBU BAPA BERPERANAN MEMUPUK MINAT BERSUKAN DALAM DIRI ANAK-ANAK

OBJEKTIF SUKAN DAN PERPADUAN